Sinus

Sinus adalah sistem kaviti berongga yang bersambung di dalam tengkorak. Kaviti sinus yang paling besar adalah sekitar satu inci; yang lain adalah lebih kecil.

 

Sinus

 

 

Kaviti sinus termasuk:

  • Sinus maxillary (yang terbesar), di dalam tulang pipi.
  • Sinus frontal (hadapan), di bahagian tengah dahi
  • Sinus ethmoid, di antara mata dan rongga hidung.
  • Sinus sphenoid, di dalam tulang di belakang rongga hidung.

 

Sinus dipenuhi dengan tisu lembut berwarna merah muda yang dipanggil mucosa. Kebiasaannya, sinus adalah kosong kecuali satu lapisan mukus yang nipis .

 

Di dalam hidung terdapat rabung (ridges) yang dipanggil "turbinates". Kebiasaannya struktur ini membantu melebabkan dan menapis udara. Hidung dibahagikan di tengah dengan dinding nipis yang dipanggil septum. Kebanyakan sinus menyalir ke dalam hidung melalui laluan kecil atau saliran yang dipanggil meatus tengah.

 

Fungsi sinus masih tidak dikenal pasti tetapi satu teori mengatakan sinus membantu melembabkan udara yang disedut dan satu lagi teori mengatakan ia membantu meningkatkan suara.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi careline di 010-3790020 atau 019 - 4233338.