MIRACLE WELLCARE     KESIHATAN, KECANTIKAN & KUALITI KEUTAMAAN KAMI

Info tentang Demam!

child-sick-fever-jpg

Demam adalah peningkatan suhu badan dalam tempoh yang singkat, kebiasaannya kerana penyakit. Demam memberi maksud bahawa sesuatu luar dari kebiasaan berlaku di dalam badan.

Bagi orang dewasa, demam akan menyebabkan ketidakselesaan, namun selalunya tidak membimbangkan melainkan suhu mencapai 39.4 C atau tinggi. Bagi bayi dan kanak-kanak, peningkatan suhu yang sedikit pun mungkin menunjukkan jangkitan yang serius.

 

Demam umumnya akan sembuh dalam beberapa hari. Pengambilan ubat demam yang biasa akan mengurangkan demam, tetapi kadang kala ia lebih baik dibiarkan tidak terawat. Demam memainkan peranan untuk membantu badan melawan jangkitan-jangkitan.

 

Simptom-simptom

Anda akan demam jika suhu anda melebihi paras normal. Paras normal mungkin sedikit tinggi atau sedikit rendah daripada purata suhu normal (37 C).

Bergantung kepada apa yang menyebabkan anda demam, tanda-tanda tambahan demam mungkin termasuk:

  • Berpeluh
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Dehidrasi
  • Lemah

Demam panas antara 39.4 C dan 41.4 C akan menyebabkan:

  • Halusinasi
  • Kekeliruan
  • Cepat marah
  • Sawan
  • Dehidrasi

 

Gaya hidup dan rawatan di rumah

Anda boleh cuba beberapa perkara untuk membuat anda atau anak anda lebih selesa ketika demam:

  • Minum banyak air. Demam akan menyebabkan kehilangan cecair dan dehidrasi, oleh itu minum air, jus atau sup. Untuk anak yang berusia kurang daripada 1 tahun, guna "oral rehydration solution". Cecair yang mengandungi air dan garam untuk menambahkan cecair dan elektrolit.

lowww

  • Rehat. Anda perlu rehat untuk sembuh kerana beraktiviti akan meningkatkan suhu badan.

Sleep

  • Kekal sejuk. Memakai pakaian yang ringan, biarkan suhu bilik sejuk dan tidur dengan satu selimut yang nipis sahaja.

 

Pencegahan

Berikut adalah sedikit tips yang boleh membantu mencegah demam:

  • Kerap membasuh tangan dan ajar anak anda untuk lakukan yang sama. kebiasaannya sebelum makan, selepas menggunakan tandas, selepas meluangkan masa bersama orang yang sakit atau orang ramai, selepas bermain dengan haiwan peliharaan dan selepas menggunakan pengangkutan awam.
  • Ajar anak-anak anda cara mencuci tangan dengan betul, sabun depan dan belakang tangan dan basuh dengan air sebersihnya.
  • Bawa tisu lembab atau "hand sanitizer" bersama anda sebagai ganti sabun dan air.
  • Cuba elakkan menyentuh hidung, mulut dan mata kerana ini adalah laluan utama untuk virus dan bakteria untuk masuk ke dalam badan dan menyebabkan jangkitan.
  • Tutup mulut anda ketika batuk dan hidung ketika bersin, dan ajar anak anda untuk berbuat perkara yang sama. Palingkan muka daripada orang lain jika batuk dan selsema untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada mereka.
  • Elakkan berkongsi cawan, botol air dan perkakas dengan anak-anda anda.


 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi careline di 010-3790020 atau 019 - 4233338.